Tuesday, March 26, 2013

Taubat Seorang Hamba



Taubat Seorang Hamba...

Ceramah yang disampaikan oleh Dr Mohd Asri ini begitu menyanyat hati.
Allah...
Allah itu maha pengampun... Ya Dia maha pengampun tidak kira pada sesiapapun...

Sebanyak manapun dosa kita. Seberat manapun dosa kita. Sejauh manapun khilaf kita..
Ingatlah Allah itu maha pengampun...
Dia membuka pintu taubat pada bila-bila masa...
Hanya padanya kita memohon dan meminta ...

Entahlah... Hatiku begitu tersentuh sebaik sahaja mendengar ceramah ini...
Ya... Mungkin aku telah banyak melakukan dosa padaNYA

Ya Allah! Ya Rabbi….hambamu ini bertaubat atas kezaliman dan kesalahan yang telah aku lakukan. Ya Allah! Kau terimalah taubat hambamu ini….hambamu ingin berubah… kezaliman terhadap diri sendiri menyebabkan diriku semakin sempit… takut akanku terhadap seksaan Mu yang sangat pedih. Aku tak sanggup untuk menaggung seksaan Mu itu. Ya Rabbi! Bimbing diriku ke jalan yang kau redhai bukan ke jalan yang kau murkai. Aku janji padaMu Ya Rabbi, aku tak akan ulang perbuatan yang keji dan terkutuk itu lagi. Ya Allah!! Amanah dan tanggungjawabku terhadap Mu telah aku abaikan, dek kerana syaitan yang menghasut dan nafsu yang menguasai diri. Aku malu Ya Allah, Aku Malu…aku malu padaMu, pada keluarga, sahabat dan juga rakan2 ku.. tidak layak rasanya diri ini berada di atas muka bumi Mu.. pelbagai dosa dan noda yang telah aku lakukan. Pohonku Ya Rabbi, bimbinglah hati yang gelap ini agar terbuka satu sinar keinsafan dan ruang keampunan   bagi diriku. Kau tetapkanlah iman hambaMu yang hina lagi keji ini Ya Allah.

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(fushshillat :36)
“Barangsiapa yang mengerjakan dosa, maka sesungguhnya ia mengerjakan untuk kemudharatan dirinya sendiri. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
(An-Nisa; 111)

  <3
BERTAUBATLAH WAHAI MANUSIA SELAGI ADA WAKTU BUATMU
Allah itu maha pengampun....
Allah itu maha adil....
Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA
Yakinlah padaNYA...
Kembalilah pada Allah... Pada jalan yang benar... Pada agamamu, ISLAM!!