Koleksi Cerpen!


Korban Cinta Semalam
Tiara yang baru sahaja sampai ke kelas  itu terkejut apabila Hazwan menyergahnya dari belakang. Habis melatah gadis comel itu.Semua pelajar Accounting  memandang kea arah Tiara sambil ketawa.Tiara mengetap bibir memandang Hazwan.
Apa punya orang aku tak tahulah. Dia nak aku cepat masuk kubur agaknya. Tiara menujal kepala Hazwan. Hazwan menujal semula kepala Tiara.Ini sudah lemak.Jerit hati Tiara.Tiara terus sahaja menarik rambut Hazwan yang separa panjang itu. Ala-ala rambut yang di gayakan artis korea. Tiara mencebikkan bibirnya.
Mereka kenal  sejak kecil lagi. Namun sering kalinya apabila bertemu ,pasti ada sahaja ragam mereka ,mencari perhatian masing-masing. Hazwan gemar sekali menyakat Tiara yang sememangnya panas baran itu.Entah kenapa dia suka menyakat gadis itu Hazwan sendiri tidak dapat menjawabnya. Yang pasti dia gembira melihat Tiara naik angin padanya .Ada juga yang mengatakan mereka berdua ini pasangan bercinta. Numun spekulasi itu ditentang hebat oleh Hazwan , baginya mana mungkin dia suka pada gadis yang berlagak sepeti lelaki itu. Lagipun lelaki itu menganggap Tiara langsung tidak sepadan bergandingan dengannya yang kaya dan punya rupa itu.Sedangkan Tiara hanya seorang anak kepada pembantu rumahnya dan hidup dalam keadaan daif sekali di kampong.Cukup sahaja  mereka sekadar berkawan .Tidak lebih dari itu.
“ Hoi telinga capang !! kau nak cari gaduh dengan aku ke?” Tiara menolak kasar bahu Hazwan hingga lelaki itu terdorong kebelakang.Hazwan mendengus kasar. Dia berasa terhina  di perlakukan sebegitu oleh Tiara.
Tiara  dengan selamba meninggalkan Hazwan dan terus ke tempat duduknya bersebelahan dengan Aleesya , kawan baiknya.Hati Hazwan hebat sekalli menyumpah-yumpah Tiara.Kurang ajar punya Tiara,tak sedar diri betul duduk menumpang di rumah aku adahati nak lawan aku. Hei Tiara sedarlah sikit ,kau tu anak orang gaji sahajalah. Jagalah kau .Kau tahulah apa yang aku hendak lakuka pada kau.Hazwan menghempaskan begnya diaa atas meja lalu lelaki itu duduk  dengan perasaan geram sekali pada Tiara.
Sedang mereka menunggu pensyarah mereka yng masih belum kelihatan di mata  .Kelihatan pelajar Senior mereka memasuki kelas itu.Hazwan memandang sahaja lagak senior yang pada pandangannya, sangat kacak. Julia yang duduk bersebelahan Hazwan terus tidak keharuan melihat lelaki yang baru sahaja memasuki kelas itu .
“ Wow!Dafi.You know dia itu pelajar dekan tahun lepas, handsomekan” Ujar Julia pada Hazwan . Hazwan sibuk memerhatikan lagak lelaki yang bernama Dafi membawa beg  kertas seepertinya bungkusan hadiah untuk seseorang .
So what?? Ada I kesah ke?”
No lah ,I just nak warning You,You jangan suka sangat menyakat Tiara.Nanti ada pula yang salah faham”Ujar Julia selamba. Dia mecerungkan matanya memandang Hazwan.
“ Kenapa pula?? For your information Cik Julia, I sudah lama kenal dia, dari kecil. Tiada siapa yang menghalang kami. So apa hak si Dafi t nak halang I???”
Julia tersenyum sinis memandang Hazwan . Gadis itu beralih memandang kea rah tempat duduk Tiara.Begitu juga dengan Hazwan.Mata Hazwan membulat apabila melihat Lelaki bernama Dafi itu  sedang bercakap dengan Tiara. Kelihatannya mesra sekali.Tiba-tiba sahaja dia merasakan jantungnya berhenti berdegup seketika.
“ Ada yang cakap Si Tiara tu bercinta dengan Tengku Gadafi tu.You tak tahu ke?Satu kolej sudah kepoh dengan berita ini.Lah not importantlah semua ni . Lagipun Youpun bukanya suka pada si Tiara tu kan?? So forget it okey?”
Lama  Hazwan memandang Tiara sehingga gadis itu tersedar Hazwan memandangnya.Hazwan terus bangun dan mengemaskan semua barangnya.
Shit!!
hey what wrong with you?? Yang you tiba-tiba nak mengamuk ni apa hal pula?”Julia memandang Hazwan yang sudah menggalas beg sandangnya.
‘’ Aku tak ada mood. Aku nak chao dulu!” Hazwan terus beredaar keluar daripada kelas . Sebelum keluar diia sempat menjeling pada Tiara yang memandangnya dengan penuh tanda tanya.
Tiara baru sahaja sampai di banglo Dato’ Hassan . Tiara tiba agak lewat kerana sebelum pulang tadi Dafi mengajaknya keluar makan bersama . Tiara bersyukur kepada tuhan kerana Dafi sudi mengajaknya keluar makan paling tidak dia tidak perlu merbazir wang untuk keluar makan dan tambang teksi untuk pulang ke rumah. Ceh entah apa-apa si Tiara ni tak senonoh betul.
 Tiara memberhentikan langkahnya sebaik sahaja ternampak Hazwan sedang duduk termenung di taman sambil memandang air terjun kecil yang berada berhampiran dengannya.secara tiba-tiba persoalaan mengapa Hazwan berlalu pergi sebelum kelas bermula muncul kembali di mindanya. Yang paling dia pelik apabila dia melihat Yana menangis teresak-esak sebaik sahaja Hazwan pergi. Apakah hubungan antara mereka. Tak akan mereka berdua bercinta? Erh mana boleh . Mana mungkin . Tapi apa yang mustahilnya Tiara. Mereka juga manusia ,berhak di sayangi dan menyanyangi .Tiara harus mengambil tahu.Tiara terus menghampiri Hazwan.
“ Woi kenapa kau ni. Termenung sahaja. Kau ada masalah?”Soal Tiara perlahan . Dia malas ingin mencari masalah dengan lelaki itu. Mungkin ini masanya dia ingin mendekati Hazwan dengan cara yang lembut dan tidak melukakan siapapun.
Lama Tiara menunggu jawapan daripada Hazwan namun lelaki itu hanya berdiam diri.Yang ada lelaki itu hanya memandang tajam pada Tiara. Sepertinya mata lelaki itu merah sekali. Takut Tiara di buatnya. Sebelum ini Tiara tidak pernah melihat lelaki itu marah seperti itu.Selalunya sebaik sahaja mereka akan baik seperti biasa dan tidak pernah mengambil hati  atas perkara yang di gaduhkan mereka. Tapi tak akan hari ini Ewan marah pada aku pula. Bisik hati Tiara.
 Itulah perbezaan perhubungan Tiara dan Hazwan .Jika teman-teman Hazwan memanggil Hazwan dengan panggilan  Haz berbeza dengan Tiara yang lebih senang memanggil Hazwan dengan panggilan Ewan. Sedari kecil Tiara telah terbiasa memanggil Hazwan dengan panggilan Ewan sehingga gadis itu sukar untuk memanggil Hazwan dengan panggilan lain.Begitu juga dengan Hazwan yang memanggil Tiara dengan panggilan Tia.
“ Kau jangan kacau aku boleh tak Tia?”Nada suara Hazwan agak keras.
“ kau ni apahal nak marah-marah pada aku?”Tiara tidak berpuas hati sambil duduk berhadapan dengan Hazwan.Hazwan hanya berdiam . Tidak pula dia berminat untuk menjawab percakapan Tiara seperti sedia kala.
“ kau marah pada aku pasal tengah hari tadi ke?”Tiara baru teringat sewaktu dia keluar bersama dengan dafi tadi dia mendapat panggilan daripada Aleesya yang memaklumkan Hazwan kembali semula ke Kolej untuk mejemputnya.Sudah sebiasanya mereka akan balik bersama. Namun berbeza dengan hari ini.Tiara bukan sengaja untuk membiarkan Hazwan tertunggu-tunggu  kerana pada fikirannya lelaki itu sudahpun pulang sebaik lelaki itu keluar daripada kelas dengan tergesa-gesa.Hazwan hanya berdiam diri. Lelaki itu  melemparkan pandangannya di rimbunan pohon renek berhampiran dengannya.Dia ingin meredakan ketegangan di wajahnya.
“Ewan…”
“Kau diam boleh tak !aku benci tengok muka kau tahu! Dasar tak sedar diri.. Ingat ya engkau tu anak orang gaji aku! So kau tak payah nak jaga tepi kain aku.And by the way, after this , bila kau jumpa aku di kolej jangan pernah tegur aku dan anggap sahaja kita tidak kenal. Kau tahu kenapa , aku malu kalau anak orang gaji seperti kau dekat dengan aku!! .”Lantang sekali  jawapan daripada Hazwan.Lelaki itu tidak pernah menengkingnya sebegitu. Lelaki itu teru beredar pergi dengan jelingan penuh kebencian . Tiara menghantar Hazwan dengan mata yang berair.
***

Sebulan berlalu, Hazwan langsung tidak menegur Tiara. Lelaki itu langsung tidak memperdulikan Tiara.  Walaupun Tiara memancing lelaki itu dengan pelbagai cara.Namun lelaki itu tetap keras hati untuk kembali seperti sedia kala.
Dalam tempoh itu Tiara merasakan dirinya sunyi . Entah kenapa diapun tidak mengerti. Hazwan mula menjauhinya. Akhirnya, Tiara mengambil keputusan untuk meninggalkan banglo Dato’ Hassan, tiada gunanya dia tinggal disitu jika ada yang tidak menyukai kehadirannya.Tambahan pula apabila Tiara berada di rumah pasti Hazwan akan mencari alasan untuk keluaar darii rumah. Sampaikan berhari-hari lelaki itu tidak pulang kerumah. Dia tidak mengerti, apakah kesalahannya sehinggakan Hazwan benci melihat wajahnya. Dia rindu pada lelaki itu .Dia rindu pada Hazwan yang dulu, yang sering mengusiknya, membuat dia menanggis ,dan pandai memujuknya.Wahai hati inikah cinta?Aku terjebak dalam hatinya?Aku terlalu merinduinya dan aku terlalu…terlalu men…terlalu mencintai dirinya.
Tiara seolah-olah menjadi mangsa keadaan . Baru sahaja pagi tadi dia berjumpa Tengku Herlina, Kakak kepada Dafi. Pertemuan yang di sangka dapat mengeratkan perhubungan dengan keluarga Dafi mengundang duka apabila wanita elit itu meminta Tiara menjauhi Dafi . Wanita itu tidak mahu darah keturunannya bercampur dengan orang kebanyakan. Yang paling membuatkan Tiara mereasakan dirinyaa terhina apabila lelaki itu  menyataka bahawa Tiara berkawan dengan Dafi hanyalah untuk mengikis wang lelaki itu.Tiara tidak pernah meminta apa-apa daripada lelaki itu melainkan lelaki itu dengan rela hati memberi. Fikirannya pada masa ini sangat buntu..
Lama Tiara berteleku diatas tikar sejadah.Menadah tangan memohon pada yang Esa agar diberikan pertunjuk . Suasana dingin malam yang menusuk hingga ke tulang hitam langsung tidak diperdulikannya. Tiara begitu khusyuk mengadu nasib dengan penciptanya.Sesungguhnya Allah sahaja tempatnya mengadu dan memahaminya saat ini.
“Ya Allah seandainya telah Kau catatkan dia milikku dan tercipta untuk diriku satukanlah hatinya dengan hatiku ,titipknlah kebahagiaan Ya Allah ku pohon apa yang telah Engkau takdirkan ,ku harap dia adalah yang terbaik buatku ,kerana Kau tahu segala isi hatiku ,pelihara daku dari kemurkaanMu, Ya Tuhanku yang Maha pemurah berikan aku kekuatan membina diri yang lemah ini.Semaikan setulus kasih di jiwa ,ku pasrah kepadaMu, kurniakanlah aku pasangan yang beriman, bisa menemani aku .Supaya aku dan dia dapat melayar bahtera kearah cinta yang Kau redai.Ya Allah andainya dia di cipta untukku satukanlah dia denganku dan seandainya di bukan untukku kau jauhkanlah dia dariku.Dan Kau dekatlah diriku padaMu serta berikanlah aku ketenangan agar aku bisa melayari kehidupan dengan tenang.Ya Allah hamba memohon pada Mu dengarkan rintihan hambamu ini, jangan Kau biarkanku sendiri .Agarku bisa bahagia walau tanpa bersamanya gantikanlah yang hilang dan  kurniakan aku bahagia di dunia dan akhirat,hanya padaMu tempat ku memohon segala.”Tiara mengakhiri doanya dengan selawat keatas Rasulullah S.A.W.
***

Keakraban antara Tiara dengan Dafi  secara senyap-senyap di cemburui oleh Hazwan. Setiap kali  lelaki itu melihat Tiara bergandingan dengan Dafi hatinya akan terluka. Pelbagai cara dia berusaha menghindar perasaannya itu daripada terluka namun dia tidak berdaya. Kini dia hanya membiarkan hatinya terluka berdarah meskipun nanti bakalan parah demi cintanya pada Tiara yang semakin hari ,semakin utuh.Dia cuba membuang perasaan cinta itu ,namun dia gagal dan dia akhirnya dia mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari Tiara.Meskipun perit namun tegar juga dia tempuhi demi menjaga perasaan Tiara.
Hazwan merenung gambarnya bersama Tiara. Gambar itu di ambil pada tahun lepas semasa hari jadinya yag ke-20.Dia rindu saat itu .Di wajah Tiara jelas terpancar kegembiraan.Namun kini semuanya telah berubah ,semuanya kerana dia sendiri yang mencipta benteng kedukaan anataranya dengan Tiara. Hari ini hari jadinya yang ke-21.Selalunya Tiara orang yang pertama akan mengucapkan ucapan hari jadi, dan seharian mereka akan bersama membeli persiapan  untuk majlis yang akan berlangsung pada malam hari tapi berbeza dengan hari ini.Rumah bangle Dato’ Hassan senyap sunyi  tanpa hilaian tawa Tiara dan Hazwan seperti tahun yang sebelumnya.
Hazwan memandang sayu bilik Tiara.Bilik itu sungguh kemas sekali. Dengan rona bilik yang begitu lembut begitu menyamankan dan menenangkan sesiapa sahaja yang memasuki bilik itu. Susun aturnya begitu kemas. Hazwan menghampiri meja tulis Tiara .Di sudut meja itu Hazwan dapat melihat gambar-gambarnya bersama Tiara yang tersusun kemas. Tiara aku rindu kau.Hazwan membawa salah sebuah bingkai gambar ke dalam pelukannya. Lelaki itu memejamkan matanya .Dia terlalu merindui gadis itu.
Hazwan membuka matanya apabila telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada pesanan masuk.Lelaki itu terus sahaja mendapatkan telefon bimbitnya yang diletakkan dii dalam poket seluar jeansnya.Lelaki itu menarik nafas sebelum membuka pesanan ringkas tersebut.
Ewan.. sye nak bercakap dgn awk sebelum sye bertolak mlm ini. Kte jumpa di café lepas kelas ye.sye akn tunggu awk wlaupn awk tdk mahu berjmpa dgn sye.
Pesan itu daripada Tiara.Hazwan tergamam secara tiba-tiba. Dia membaca pesanan itu sekali lagi.Tiara ingin bertolak ke mana?Argh! perdulikan semua itu Hazwan .Ia tidak berkaitan dengan kau. Biarkan sahaja dia pergi. Sedarlah Hazwan dia tidak pernah mencintai kau. Yang ada di hatinya hanyalah Dafi bukan kau!!Biarkan sahaja dia.


***

Hazwan menghembuskan nafasnya. Pelajar lain sibuk berkemas untuk pulang. Hanya Hazwan yang masih duduk termenung di tempatnya. Kepalanya ligat memikirkan perlukah dia berjumpa dengan Tiara.
“Haz! Woi Haz!”Habis punah fikirannya apabila namanya di sahut oleh Julia. Hazwan memandang lemah kearah Julia yang berdiri menghadapnya sambil memegang diari berona hiju pucuk pisang. Seketika kemudian diari itu bertukar tangan .
“ Tu Tiara punya diari , dia tertinggal tadi . Kau bagi dia ye. Kau orangkan satu rumah.”Julia terus beredar selepas meminta diri.Hazwan tidak sempat berkata apa-apa kerana gadis itu tergesa-gesa untuk pergi.
Entah kenapa tangannya terasa gatal untuk membuka diari itu dan mengetahu isi kandungannya.
5 March 2011-Hari ini hari jadi Ewan .Aku nak berjumpa dengannya untuk kali yang terakhir sebelum aku bertolak ke  United Kingdom malam ini.Aku ingin menyatakan perasaan aku yang sebenarnya kepada Ewan . Aku tidak kisah jika dia tidak boleh menerima kenyataan yang bahawasanya aku terlalu mencintai dirinya kerana aku tahu dia malu apabila aku berdampingan dengannya hanya kerana aku anak seorang pembantu rumah. Syed Hazwan bin Syed Hassan  , I love you so much!!!-Nur Tiara Jasmine Bt Tajudin
Diari itu terlepas daripada tangan Hazwan . Dia merasa seluruh tubuhnya lemah. Hazwan tidak menyangka selama ini Tiara mencintai dirinya. Ya Allah aku telah melukan hati Tiara. Hazwan meraup wajahnya. Dia segera berlari keluar dari kelas tersebut . Hazwan meluru ke café mencari-cari insan yang terlalu di cintainya.
 Dia tersemyum apabila dia ternampak kelibat seorang wanita yang memakai baju kurung berona merah jambu yang sedang membaca di meja berhampiran dengan kaunter membayar . Wajah wanita itu lembut sekali sepertinya bersinar-sinar.Hazwan mengakui Tiara merupakan seorang gadis yang cantik walaupun mengenakan sebarang make-up .Hazwan terus menghampiri Tiara.
“Tia…”
“Ewan…duduklah”Lembut sekali suara Tiara. Tiara menghadiahkan senyuman pada Hazwan.
“Tia…Ewan…Ewan nak minta maaf..”Hazwan mengenang peristiwa semalam yang mencoret  catatan hitam dalam hidupnya.
“Ewan cakap apa ni. ? Ewan tak salah..Ewan Selamat hari jadi..Tia tak sempat nak pilih hadiah untuk Ewan . Tia sempat belikan ini sahaja. Tia menta maaf kaulau hadiah yang Tia beri tak bermakna untuk Ewan.”Ujar Tiara kesal .Tiara menundukkan wajahnya.Kotak berona silver yang di hiasi sengan riben berona putih itu sudahpun bertukar tangan .
Hazwan melepaskan nafasnya. Hazwan mengusap lembut jari-jemari Tiara.
“Tia.. Ewan tak minta semua ni sayang.Ewan sudah cukup gembira bila Tia ingat tarikh lahir Ewan…”
“Ewan… Tia …Tia sebenarnya…Tia …sayang pada Ewan.”Tersekat-sekat Tiara berbicara.  Hazwan tersenyum .
“Ewan pun sayang dan cinta pada Tia.”Hazwan memandang tepat ke anak mata Tiara. Gadis itu merasakan jantungnya tiba-tiba sahaja berhenti berdegup. Hanya satu perasaannya pada masa ini. Perasaan bahagia yang kian menyelimuti hatinya yang selama ini beku .
“woi!!! Jiwang nampak!dua ekor ni!!”segah Aleesya dan Julia.
Hazwan mendengus dan menjeling tajam pada dua sahabatnya itu.
“Kacau daunlah kau orang ni”Hazwan memasamkan wajahnya. Tiara hanya ketawa melihat gelagat Hazwan itu.Julia menjelirkan lidah pada Hazwan yang sedang bengang itu.Akhirnya Hazwan juga ikut tertawa.
“Tia Ewan nak balik ni. Ewan ada hal sikit ..” ujar Hazwan yang teringat akan sesuatu. Dia terlupa mengambil beg dan diari Tiara di dalam kelas.Haru juga kalau orang lain menjumpainya. Pasti akan menjadi berita hangat di kalangan pelajar kolej ini jika ada yang meembacanya.uh! tk boleh jadi ni kena cepat. Hazwan terus mengatur langkah meninggalkan mereka. Namun belum sepuluh langkah dia melangkah dia menoleh kearah Tiara dan menghampiri gadis itu kembali.
“Lah kenapa ni?”Soal Tiara kebingungan apabila Hazwan bertindak merenungnya dengan senyuman yang sukar di tafsirkan.
“Lupa nak bagi ni pada sayang..”Hazwan menghulurkan sekuntum bunga Dahlia berona Ungu yang sudah kering.Mengilai tawa Aleesya dan Julia. Ketawalah kau orang sampai meletup perut tu.bisik hati Hazwan kegeraman.
“Woi mamat sengkek lah kau ni. Ada ke bagi bunga kering? Kalau nak bagi bunga kering tu pada-padalah .Bagilah Satu balang ke, ni sekuntum je.” Perli Aleesya pada Hazwan . Hazwan hanya mencebikkan wajahnya.
“Bukan sengkeklah ,tapi bajet ciput.hehe”Sambut Hazwan lalu tertawa. Tiara hanya tercengang sebelum lelaki itu berlalu pergi. Tiara menghantar Hazwan dengan pandangan Matanya sahaja. Hati Tiara tidak tenang apabila ternampak kereta yang meluncurlaju di arah bertentangan dengan Hazwan.
“Ewan!!!!” Tiara terus berlari mendapatkan Hazwan.
TIARA!!!!!
Dentuman kuat . Percikan darah mula mengalir di tar.Pada waktu itu  hanya air mata sahaja yang mengalir di pipi Aleesya apabila melihat sahabat baiknya sudah terkulai di tar.
***
5tahun telah berlalu membawa lembaran sejarah hitam itu jauh dari hidup Hazwan. Kenangan itu di biarkan berlalu. Yang melekat dalam hatinya kini adalah sebaris nama ‘Nur Tiara Jasmine’.5 tahun dia menutup pintu hatinya untuk wanita . 5 tahun juga dia memahat cintanya agar terus mekar untuk Tiara.Hazwan memandang sayu batu nisan yang diperbuat dari batu marmar itu.Seusai sahaja dia menjiruskan air mawar dan manyedekahkan doa. Dia terus beredar pergi.
Aku sudah berjaya Julia. Sudah sebulan aku dan Tiara bernikah. Julia terima kasih atas segalanya. Kerana kami kau sanggup berkorban. Aku janji Julia ,dan aku akan pegang janji aku dulu yang aku akan membahagiakan Tiara.Aku janji. Hazwan mengesat air matanya yang menitis.
“abang.. Jom pulang..Papa dan mama sudah menunggu di rumah”Tiara menyentuh lembut bahu suaminya. Hazwan berpaling dan tersenyum pada Tiara.Mereka terus mengatur langkah untuk pulang.
Selamat tinggal sahabatku . Terima kasih atas segala yang telah kau korbankan untuk aku dan Tiara. Semoga sahaja Allah menempatkan kau di kalangan orang-orang yang beriman.Kami di sini akan sentiasa berdoa.
“Sama-sama wahai sahabat. Semoga kalian bahagia..”Tiara bagaikan  mendengar satu suara yang lalu di belakangnya bagaikan di hembus angin. Tiara tersenyum dan terus melangkah meninggalkan tanah perkuburan islam itu.
~Maria Haniera ~



 
 


Disaat Aku Mulai Menyanyangimu
“Maaf aku tak suka kau”Haziqah terpana.. Hampir luluh jantungnya mendengar kata-kata jejaka di hadapannya kala ini. Sungguh! Dia tidak berharap luahan hatinya di tolak sedemikian . Dia bertanggapan ,mungkin jejaka itu akan meminta masa agar dia boleh fikir semasak-masaknya sebelum membuat keputusan tentang luahan hatinya. Namun sangkaan Haziqah meleset sekali.
“Ta…ta…tapi kenapa?”Ujar Haziqah meminta penjelasan daripada lelaki itu.
“ Senang sahaja jawapannya , sebab aku tak suka pada perempuan kolot seperti kau !”
“Weh kau ingat kau kau tu cantik sangat ke?Bodohlah aku kalau aku terima kau menjadi Girlfriend  aku . Layak ke kau berdampingan dengan aku?”Ujar Tengku Haziq Daniel sinis sekali . Semua pelajar semesta dua Diploma in banking memandang ke arah Haziqah sambil ketawa kecil.Tengku Haziq terus berlalu ke tempat duduknya meninggalkan Haziqah dengan seribu rasa hati yang terluka. Haziqah merasakan hatinya bagai di siat-siat dengan butir bicara lelaki itu umpama sebilah pisau tajam sekali.
Haziqah sudah kehilangan kata-kata.Haziqah terduduk Sambil menutup wajahnya . Hanya airmata yang kelihatan menitis satu persatu bersama esakkan halus.Umairah yang berada disebelah Haziqah menunjukkan muka tidak puas hati pada Tengku Haziq. Mahu sahaja gadis itu melemparkan buku  microeconomic yang sedang di pegangnya.Umairah membatalkkan niatnya . Tidak guna dia berbuat sedemikian ,dia tidak mahu membesarkan perkara ini.Takut juga menimbulkan pergaduhan ,nahas sahaja dia akan digantung kolej.
Haziqah mengemaskan buku-buku yang berada diatas mejanya.
 “kau nak ke mana Ika??”Pertanyaan Umairah dib alas sepi oleh Haziqah. Haziqah terus beredar keluar daripada kelas .
“Kau ni memang sudah melampau Haz!!”Dari jauh haziqah dapat mendengar sahabat baiknya itu yang memarahi Tengku Haziq. Haziqah terus mengatur langkah meninggalkan tempat itu tanpa memperdulikan kelas yang masih belum bermula.
Tengku Haziq menjongketkan bahunya dengan senyuman sinis menghiasi bibirnya. Serentak dengan itu Umairah membaling buku microeconomic ke muka Tengku Haziq sebelum bertindak seperti Haziqah meninggalkan kelas yang  masih belum bermula itu.
******
“Ika aku rasa lebih baik kau jangan buat kerja gila ni. Kau nak berhenti dari kolej hanya semata-mata kerana Haz? Nonsense!”Umairah terkejut dengan kata-kata yang di dengarinya daripada mulut haziqah yang berniat ingin berhenti daripada kolej.Tak akan Haziqah masih mengambil hati dengan kelancangan mulut Tengku Haziq 2 minggu lalu. Selalunya gadis itu tidak akan mengambil hati akan pembicaraan Tengku Haziq walaupun lelaki itu sering menyakitkan hatinya.Malah sebaik sahaja dipujuk oleh lelaki itu gadis itu akan kembali seperti sedia kala. Bukan baru mereka kenal. Tapi lebih 10 tahun . Semenjak dari mereka dibangku sekolah lagi. Tidak mungkin Haziqah ingin berhenti kolej hanya kerana terasa hati dengan  Tengku Haziq.
“ Sorry Mai,Aku terpaksa pergi . Aku sudah mengurusan perihal pemberhentian aku dari kolej ini.Kau marah aku Mai?”Haziqah tersenyum pahit.Sorry Mai aku tak ada niat nak rahsiakan kenapa aku harus berhenti dari kolej. Yang pasti aku berhenti dari sini bukan kerana Haz. Aku tak pernah membencinya ,walaupun dia pernah menolak cintaku.
Umairah menggelengkan kepalanya. Pipi sahabatnya itu di sentuh lembut.Sebutir mutiara jernih menitis dari pipi Umairah.Umairah terus mendakap tubuh Haziqah. Haziqah membalas pelukan sahabat baiknya itu .
“Aku tak pernah marah kau. Aku tidak mahu memaksa kau. Jika kau fikir itu yang terbaik untuk kau. Aku hanya menurut. Tapi aku takut…Aku takut tidak bertemu dengan kau lagi..Aku takut. Aku tak tahu kenapa naluri aku berkata sebegini.”Semakin kuat esak tangisan Umairah. Haziqah mengusap lembut belakang Umairah.
“Aku tak kemana. Andai sahaja Allah ingin mengambil nyawa hambanya .Dia akan ambilnya bila-bila masa sahaja. Sudah, aku tak akan pergi jauh dari kau”Ujar Haziqah cuba meyakinkan Umairah.
 Betul ke yang kau akan terus bersama mereka. Betul ke ada pertemuan kedua selepas ini?Nonsense! semua tu mimpi Ika. Kau sedarlah semuanya sudah berakhir. Antara kau dan Haz,sudah berakhir! Lelaki itu tidak pernah menghargai kau. Dan andai sahaja lelaki itu menghargai kau . Kau harus melakukan perkara yang sama . Kerana kau!Kau tidak mempunyai pilihan lagi. Ada suara sinis yang muncul di cuping telinganya.Jelas sekali. Kata-kata suara sinis itu benar belaka.Dia harus meninggalkan semua ini.esok semuanya akan berakhir. Esok dia akan menjadi manusia yang kejam kerana memungkiri janji.
******
Seawal 5 pagi Haziqah sudah bersiap. Dia harus pergi sebelum Umairah terjaga dari lenanya. Dia takut fikirannya akan berubah akibat pujuk rayu gadis itu.Haziqah dapat merasakan kedinginan hostel mereka itu.Haziqah mengintai dari tingkap kelihatan hujan turun dengan lebat sekali . Bagai tidak mengizinkan Haziqah pergi.
Haziqah melabuhkan pungungnya di katil milik Umairah. Gadis itu merenung sahabatnya yang asyik di buai mimpi. Haziqah mengusap lembut rambut Umairah yang lurus mengurai itu.Setitis demi setitis air mata jernih jatuh dari pipi Haziqah.Maafkan aku Mai ,Aku takut,aku tak cukup kekuaatan nak bagi tahu perkara yang sebenarnya pada kau. Aku takut kau tak boleh terima semua yang telah terjadi padaku.maafkan aku. Dikala hujan ynag menimpa-nimpa bumi ,Haziqah mengagahkan tubuhnya untuk melangkah meninggalkan tempat yang telah mencipta seribu kenangan manis bersama Umairah dan mungkin juga dengan Tengku Haziq Daniel.
******
Tengku Haziq Daniel kelihatan gelisah.Dari tadi dia mencari-cari gadis pujaannya namun tidak kelihatan. Apakah gadis itu di serang penyakit?Huh tak boleh jadi ni Haz. Tak rela aku jika pujaan hati aku sedang sakit di kala ini.Akhirnya Tengku Haziq Daniel memberanikan diri untuk bertanya pada Umairah yang kelihatan muram sahaja sedari masuk ke kelas Prof Hanim.
“Mairah..Mairah”Panggil Tengku Haziq Daniel separuh berbisik . Namun masih jua bisa didengari oleh  Umairah. Umairam menoleh kearah Tengku Haziq Daniel yang duduk di belakangnya sambil menunjukan muka seposennya.
“Mana Ika?”Soal Tengku Haziq Daniel sambil menunjukkan sengihan kerang busuknya.
“ Dia dah pergi….” Mata Umairah mula berkaca-kaca. Tengku Haziq Daniel bagaikan sudah tercabut jatungnya. Lelaki itu tidak berkutik. Terdiam Cuma .Terkejut dengan kenyataan Umairah.
“Per…gi? Dia pergi mana ?”Tengku Haziq Daniel mendapatkan Umairah yang seduh menangis itu.Lelaki itu mengoncangkan kedua-dua belah bahu gadis itu.Namun gadis itu hanya berdiam.
“Mairah! Cakap pada aku mana dia pergi!!!”Tengku Haziq Daniel mula hilang sabar dengan tindakan  Umairah yang berdiam diri itu. Yang ada gadis itu menghulurkaan sepucuk surat adanya .
Salam buat sahabat yang aku sayangi.Maafkan aku Mai. Aku terpaksa tinggalkan kau dan kawan-kawan kita .Aku harap kauorang dapat teruskan kehidupan kau tanpa aku di sisi kalian.Umairah tolong sampaikan pada Haz katak hitam yang aku letak di meja aku. Haz saya sayang awak walaupun saya tahu pada hakikatnya awak tidak pernah membalasnya.Tapi saya tak pernah penat menyanyangi awak. Tapi awak masa yang berlalu telah mencipta juraang diantara kita. Saya terpaksa pergi . Awak saya nak awak tahu . Saya bahagia sangat jika dapat lihat awak tersenyum. Semua itu cukup memadai jika saya tida di beri peluang menjadi suri hati awak.Terima kasih, atas semua kenangan yang telah kalian ciptakan untuk aku.-Nurul Haziqah-
Umairah menghulurkan kotak hitam yang di maksudkan Haziqah pada Tengku Haziq Daniel. Tengku Haziq Daniel menahan perasaan sebaknya . Bibirnya di ketap.Perlahan-lahan dia membuka kotak hitam yang terhias cantik dengan reben  berona silver.Menitis air mata lelaki itu apabila melihat gambar-gambar mereka berdua bersama .Lelaki itu semaki sebak apabila melihat cincin plastic berona putih . Tidak sangka gadis itu masih menyimpan pemberiannya sewaktu mereka masih di bangku sekolah rendah lagi. Semua kenangan lalu terimbau kembali dalam kotak fikirannya memabawanya hanyut meninggalkan alam yang nyata.
******
Hampir dua bulan Haziqah pergi tanpa meninggalkan khabar berita. Selama itulah Tengku Haziq Daniel dan Umairah cuba menjejaki gadis itu. Mereka tidak pernah berputus asa  dengan kegagalan mereka menjejaki gadis itu.Mereka mencari Haziqah di segenap pelusuk namun tetap juga bertemu dengan kebuntuan.
“Mai ,kita lunch dulu. Lepas ni kita cuba pergi rumah lama dia di Kuala Selangor ya?Kalau perlu kita pergi terus ke sekolah Lama kita.Mana tahu kita berjumpa dengan dia.”Ujar Tengku Haziq Daniel pada  Umairah. Umairah mengangguk lemah.
Baru sahaja lelaki itu menarik Handbreak kereta CR-V hitam metallic telefon bimbit berbunyi nyaring. Lama Umairah memerhatikan Tengku Haziq Daniel.sehinggalah lelaki itu manamatkan panggilan tersebut.
“Mairah kau lapar ke?”Soal lelaki itu . Maira menggelengkan kepalanya. Dia sudah hilang selera semenjak sahabat baiknya pergi dari hidupnya. Jika sahaja sebentar lelaki itu memaksanya makan ,dia akan berkeras dengan pendirian.
“aku baru dapat panggilan daripada mama aku . dia surruh aku segera ke hospital kerana pak cik aku masuk ke hospital sebentar tadi kerana serangan jantung.”Jelas Tengku haziq Daniel teragak-agak.
“Aku rasa kita pergi hospital dulu”Ujar Umairah.
Kereta CR-V itu terus meluncur laju meninggalkan tempat itu .
******
Bagai hendak pecah jantung Umairah apabila melihat seseorang yang sangat dia kenal. Cepat Umairah mengatur langkah,begitu juga dengan Tengku Haziq Daniel. Namun langkah Umairah terhenti apabila terdengar sesuatu.
“Ibu nak cari mana lelaki itu Fasha. Sedangkan ibu sendiri tidak mengenali Lelaki yang bernama Haz.”Ujar Puan Maznah lemah pada anak sulungnya Fasha.
“Tapi ibu. Keadaan adik sudah kritikal. Kita harus ikhtiar mencari lelaki itu. Kalau boleh kita cari di kolejnya..”Pembicaraan Fasha terhenti apabila dia melihat Umairah sudah terjengul di hadapannya.
“Akak….Ika mana?”Soal Umairah sebaik sahaja melihat pintu ICU . Dari situ dia dapat melihat ada ada sekujur tubuh sedang terlantar lemah. Di badannya berselirat dengan wayar.Tengku Haziq Daniel Terus memandang kea rah yang sama di pandang oleh Umairah itu Pada waktu itu . Hanya air mata  yang membasahi pipinya.
“Ika!!!...bangun sayang Haz ni. Haz datang sayang… Please bangun . Ika jangan buat saya macam ni.Ika jangan tinggalkan Haz…”lelaki it uterus mendekati Haziqah tanpa memperdulikan orang sekeliling.Pada waktu itu Tengku Haziq Daniel dapat melihat kepayahan Gadis yang di pujanya membuka mata dengan penuh keperitan.
“Ika sayang….Haz sayang Ika..Please sayang .Kita mula hidup baru.”Lelaki itu mengusap lembut anak rambut Haziqah. Haziqah hanya tersenyum Cuma. Dia tidak mampu berkata-kata. Namun dalam hatinya kuat berbicara. Saya pun sayang pada awak . Terima Kasih sayang saya.
“Ika…dah ..tak daya….Maafkan Ika.IBu halalkan makan minum Ika…” Puan Maznah baru sahaja menghampiri Haziqah. Hati ibu mana tidak berduka apabila melihat anaknya yang sedang bertarung dengan nyawa. Sebak hatinya.Tangan anaknya di pegang erat bagaikan tidak mahu melepasnya lagi.Suasana semakin pilu apabila Haziqah memanggil lembut nama Umairah.
“Mairah…aku sayang kau sangat….A..ku tak anak kau dan haz bersedih jika mengetahui tentang penderitaan aku…Maafkan aku..Aku tak sanggup nak hadapi semua tu maafkan aku..”
Sebaik sahaj menghabiskan ayat tersebut dada Haziqah mula berombak.Sesak dirasakan dicorong pernafasannya .Bagaikan sudah tiba masanya untuk perjanjiannya untuk menghadap Ilahi. Haziqah memerhatikan segenap ruang di wad ICU itu .wajah-wajah di sayanginya di tatap sayang.Mata Haziqah berkaca apabila tiba giliran Tengku Haziq Daniel menjadi tetamu di matanya.
“ A…wak Saya sayang awak…Jaga..diri baik,,baik.” Seraya dengan itu bacaan mesin jangka hayat mula menunjukkan bacaan mendatar.. “IKA!!!!!”.Selamat tinggal duniaku, Selamat tinggal semuanya . semoga kalian hidup dengan baik-baik sahaja tanpa kehadiran aku di sisi. Maafkan segala kesilapan aku yang lepas. Halalkan makan dan minumku dan yang pasti doakan perjalanan hidupku di sana
 ~Maria Haniera ~





Butakah Cinta??
Helmi memetik gitar kesayangannya sambil menyanyi-nyanyi untuk persediaan pertandingan kebudayaan yang di adakan oleh pihak university bulan hadapan.Dia tidak punya idea pada  waktu ini yang ada kepalanya sedang kusut dengan perangai teman wanitanya yang mula berpaling tadah kepada orang lain.
Keadaan di Hostel lelaki itu riuh rendah dengan gelagat pelajar lelaki .Helmi yang duduk di bangku mengenang nasibnya itu terkejut apabila kawan baiknya Razlan menyergahnya daari belakang.Lelaki itu beristighfar panjang.
‘’Ni kenapa jiwang –jiwang ni.Apahal muka kau macam pisang masam ni? ‘’
‘’tak ada apa-apa.Aku cuma tengah fikir pasal Putri .Kenapa dia buat aku begini?Apa salah aku padanya?? ‘’
‘’kan sudah aku kata pada kau ,jangan terlalu berharap pada perempuan .Nanti diri sendiri yang merana.Nilah kalau cakap orang kau langsung tak nak pakai.Hai kau ikut je kata dia.Dia nak putuskan so what?? .leave her. You life must be fun with another women ,I mean another foolish girls. ‘’
‘’what??  Hey maksud kau mainkan perasaan perempuan ke??Weh aku ttak beranilah .Berdosa. ‘’
‘’what the hell.Perempuan semua sama .Bodoh.Kita jadi lelaki ni kena enjoy.Sudahlah jangan kau nak tension. ‘’
Helmi hanya mampu terdiam.Pada pendapatnya ada kebenarannya kata-kata kawan baiknya itu.Helmi menghantar Razlan ke bilik hanya dengan pandangan mata sahaja.’Hey laparlah perut aku.erm daripada aku tension kat sini baik aku pergi café makan lagi bagus’ bisik hati lellakki itu.
*************************
Rania menyuap makan ke mulutnya sambil membaca buku yang baru di pinjamnya di perpustakaan.Sesekali dia membetulkan lipatan tudungnya.Gadis bertubuh ‘Cabby’ itu merupakan pelajar cemerlang .
‘’Hey Bee sayang kau makan tak ajak aku ek?? ‘’Segah Gilson lelaki cina yang juga merupakan kawan baiknya sedari kecil.Rania tersedak apabila tersedak begitu.
‘’Kurag asamlah kau ni.Kau memang saje je nak suruh aku mati tercekikkan??Aku report kat bapak kau baru tahu yang kau ni suka kacau aku…wekkk.. ‘’
‘’eleh…ada aku kesah  ke? ‘’ ujar lelaki ittu yang sungguh petah berbahasa melayu tanpa salah tutur.
‘’Mana AWEKZ kau?? ‘’
‘’entah.Kau tak payah Tanya aku fate up dengan perempuan gila tu ‘’
Ujar Gilson tiada mood.Mukanya sahaja sengaja di masamkan.Masam mengalahkan cuka basi.Eh ada ke cuka basi?hehehe.
‘’erm papa lee tak cakap ke bila hasil pemeriksaan kesihatan aku tu keluar?? ‘’ soal Rania.Suaranya mula serius.gilson hanya terdiam wajahnya mula tidak keharuan.
‘’hurmmm…tak..tak ada pu.. eh kau ni makin susut.Kau tak makan ke?? ‘’
Rania tersenyum . ‘’kau buta  ke??aku tengah makanlah ni. ‘’
Rania akui badannya semakin susut hari demi hari.dulu beratnya mencecah 75 kg tapi kini beratnya sudah menurun sehingga ke 55kg.dia tahu ini pasti effect daripada penyakitnya yang masih belum di ketahui.Dia baru sahaja menjalani pemeriksaan setelah mengalami sesak nafas yang sangat teruk.Rania reda jika berlaku apa-apa padanya kelak.
************************
‘’Hey bila kau nak cari awek baru nii..Kau ni pengecutlah.Kau tengok awek kau sidah ada pengganti sedangkan kau.. ‘’bebel Razlan sambil menepuk-nepuk bahu Helmi. Helmi menjeling tajam pada kawan baiknya itu.
‘’Yelah kau ni .Janganlah jadi lelaki yang bodoh .Setia tak bertempat. ‘’Tambah Jehan.
‘’Woi!. Agak-agaklah kalau nak cakap aku pengecutpun!aku ni pantang di cabar.. ‘’
Ujar Helmi yang rasa tercabar apabila kawan baiknya itu mengatakan dia seorang yang pengecut.
‘’okey! Kau buktikan yang kau tu tak pengecut dan pantang di cabar.sekarang ni aku nak kau pergi dapatkan Sharifah Intan Rania ,budak accounting tu.aku bagi masa setahun.Kalau kau bolehlah dapatkan budak gemuk and ulat buku tu. ‘’ ujar Razlan ,jari telunjuknya di halakan pada satu sudut di mana ada seorang gadis comel yang sedang tertawa bersama kawan-kawaannya. ‘tak adalah perempuan ni gemuk,mandai je dia orang ni.lama dah aku tak jumpaa kau Nia’ bisik Helmi lalu tersenyum penuh makna dia yakin dia tidak akan di gelar pengecut lagi.
*************************
Rania keluar dari perpustakaan bersama Gilson dan Hui Wei.Tangan Rania penuh dengan buku-buku yang di pinjamnya.
‘’you both  …pergilah café dulu.aku nak pergi tandas Sakit perutlah. ‘’Ujar Rania.Gilson dan kekasihnya hanya mampu menuruti kata-kata Rania itu.Rania terus menuruni anak tangga dengan tergesa-gesa.Dadanya semakin sesak.tekaknya terasa mual.Kalau boleh dia mahu sahaja berlari namun dek kerana memikirkan keadaannya akan bertambah lebih buruk dia akur.
Sedang dia leka menuruni anak tangga dia merasakan tubuhnya di langgar dari belakang.Habis berselerak buku-buku yang berada di tangannya .Rania terkaku seketika apabila melihat seorang lelaki kacak sedang mengutip bukunya yang berselerakan tadi.
‘’Hello ..awak.Buku awak. ‘’Rania tersedar ke alam yang nyata apabila lelaki itu mengejutnya dari lamunan.Lama Rania merenung wajah lelaki itu.Lelaki itu sangat kacak.Lelaki itu memiliki kulit yang putih di sertakan dengan mata yang mengoda.Bibir dan hidung lelaki itu terletak comel menambahkan kekacakan lelaki itu.
‘’awak?? ‘’
‘’ya…terima kasih. ‘’ ujar Rania tersenyum manis sebelum mengambil buku dari tangan lelaki itu.Rania terus mengatur langkah untuk pergi.
‘’Sharifah Intan Rania.. ‘’
Rania menoleh kebelakang apabila tersedar namanya di panggil .Pasti lelaki tadi yang memanggilnya dia pasti sekali.Tebakkannya benar sekali.Rania tersenyum bingung memandang lelaki itu.
‘’macam mana awak tahu nama saya?? ‘’
‘’Siapa yang tak kenal Sharifah Intan Rania??.Lagi pun tak akan Nia dah lupa dengan Mi?? ‘’
‘’Do I know you?? ‘’berkerut dahi Rania
‘’ Nia sudah lupa??Syed Fizrul Helmi.. ‘’
Rania terkaku seketika.Bibirnya seketika menjadi kelu.Ya kini baru dia teringat wajah lelaki ini persis wajah lelaki yang pernah di pujanya dahulu sewaktu di zaman persekolahan .Rania mengetap bibirnya.Tiba-tiba sahaja matanya mula berkaca-kaca.Helmi mula kaget melihat riaksi Rania.
‘’Nia kenapa ni?? ‘’Helmi mendekati Rania.Rania berundur beberapa langkah.
‘’Sorry Nia ada hal…Nia pergi dulu Assalamualaikum. ‘’
‘’Nia… ‘’
Rania terus  melangkah tanpa menoleh kebelakang lagi.Helmi meraup kepalanya.Sangkaannya benar ,gadis itu masih tidak melupakan peristawa lepas.Dek kerana terlalu memilih rupa dia sanggup melukakan hati seorang gadis yang langsung tidak bersalah.Kini  tegarkah dia melukakan gadis itu sekali lagi? Dia sendiri tidak tahu.
*************************
‘’Mana si gemuk tu.Selalu kau dengan dia. ‘’Ujar Edwin menyuap makanan ke dalam mulutnya.
‘’manalah aku tahu.Kenapa kau tanya aku? ‘’ soal Helmi. Sambil menongkat dagu.
‘’tak ada apa-apa.Kaukan pakwe dia ‘’Ujar Edwin selamba.Helmi tersenyum sinis.
‘’aku ??pakwe dia.Owh no.you think I am a stupit boy?? Hey ,aku layan dia sebab kesian jee kau tahu tak??nothing else. ‘’ Ujar  Helmi tersenyum apabila ternampak PutriNatasha lalu dihadapannya.
‘’Lagipun tak akan aku nakkan perempuan gemuk macam dia.Buat pengetahuan kau aku dah couple dengan Putri . ‘’sambung Helmi sambil  tertawa bangga.
DUPSS!! Helmi terkejut apabila terdengar benda terjatuh  di belakangnya.Pantas lelaki menoleh kearah itu.Pucat wajah Helmi apabila melihat  Rania sudah terpaku.
‘’ Nia.. ‘’
Helmi terdiam apabila melihat air mata gadis itu mengalir tanpa henti.Rania terus beredar pergi.semenjak daripada itu Rania mula menjauhinya.Sebulan selepas kejadian itu Rania berpindah ke sekolah lain.Setiapa hari  dia akan merindui gadis comel itu meskipun hatinya sudah berpunya.Dia sendiri tidak tahu kenapa.
*************************
‘’ Rania…dengar dulu cakap Mi…Mi tak ada maksud nak buat macamtu pada Nia dulu. ‘’
 Rania mula bangun daripada dudukkannya.
‘’ cinta dan hati saya hanya untuk oorang yang benar-benar iikhlas mencintai dan menyanyangi saya dan bukan untuk dipersendakan  ‘’

Rania terkejut melihat tindakan Helmi yang melutud di kakinya.Berkerut-kerut dahi Rania melihat kesungguhan yang tergambar di wajahnya.Apa benar lelaki ini jujur padanya.Hatinya begitu takut untuk menyatakan perasaan yang sebenar pada lelaki itu.
‘’Apa ni Mi .Janganlah buat Nia macam ni. ‘’
‘’Nia,tolonglah .Mi menyesal dengan perbuatan Mi yang lepas.Lepas Nia tinggalkan Mi baru Mi sedar yang Mi buat Keputusan yang salah.Tolonglah Nia.Mi rayu kita mulakan perhubungan kita ‘’Rania terdiam .Dia menoleh ke sekelilingnya.ramai yang memandang ke arahnya memaksanya membuat keputusan .Akhirnya Rania tersenyum pahit.Di dalam hatinya berdoa agar sejarah  tidak akan berulang kebali.
************************
Kau hilang bilaku tiba
Kau datang bilaku kecewa
Terasa diri
 Dipersenda

Dimana berakhirnya nanti
Permainan sandiwaramu ini
Sesungguhnya aku
Tak mengerti

Rania hanya menghayati setiap bit-bit lagu ‘butakah cinta’ nyanyian kumpulan Spring yang  sedang dinyanyikan Gilson.Rania mengalihkan pandangannya memandang Helmi yang sedang berbual bersama Firdaus.Rania merasakan lagu yang di nyanyikan Gilson itu seolah-olah dirinya.Sehingga kke hari ini dia masih keliru dengan perhubungannya dengan Helmi .Lelaki itu seolah-olah  mencintainya setulus hati.
‘’Mi.. ‘’
Helmi menoleh lalu tersenyum pada  Rania.
‘’Hari kebudayaan nanti .Mi  tak nak join ke? Nia tengok Mi rileks je.. ‘’
‘’Sayang nak Mi join ke?? ‘’
‘’Nia tanya sahaja ‘’
‘’Mi dah practice dah lah. ‘’
‘’ Mi nak buat apa?? Persembahan apa ‘’
‘’mana boleh Mi bagitahu sayang.nanti tak supriselah. ‘’Ujar  Helmi sambil menarik hidung Rania.Akhirnya mereka tertawa.Namun hanya seketika ,air muka Rania berubah .
‘’kenapa ni sayang?? ‘’
‘’ tapi sempat ke Nia pergi ke Majlis itu??..’’
Gilson,Firdaus dan Hui Wei terus memandang kearah gadis itu.Berubah air muka Gilson.Dia tahu apa yang di maksudkan gadis itu.
‘’kenapa sayang cakap macam tu? ‘’
Baru sahaja gadis itu ingin menjawab,namun pantas Gilson memotongnya.
‘’Sudahlah jom kita semua pergi makan ‘’
Rania bersyukur kerana Gilson mencelah .Rania akui dia semakin menyanyangi Helmi.Lelaki itu terlalu mengambil berat padanya.Lelaki itu benar-benar sudah berubah. Setiap kali bersama Helmi dia merasakan dirinya di sayangi.Namun dia sedar dia tidak mungkin bertaahan lama.Kelak dia akan meninggalkan lelaki itu.Benar kata orang,cinta itu buta.Walaupun seseorang itu pernah melukai kita namun kerana sayang kita sanggup melupakan perbuatannya hanya kerana satu perkataan ,iaitu ‘cinta’.
*************************
‘’Nia kenapa wajah Nia pucat sahaja,Badan Nia sekarangpun susut.Sudah kurus,sayang tak makan ke?? Sayang sakit ke?? Nia kenapa sekarang ni Nia tidak seceria dahulu.Kenapa ye? ‘’
Helmi meluahkan rasa tidak puas hatinya pada Rania .Rania hanya berdiam diri..
‘’Helmi sayang pada Nia ,jujurkah? ‘’
‘’Sayang! Mi sayang pada Nia.Sayang sangat-sangat. ‘’
‘’Owh …Nia nak nyanyi sekarang ni ,boleh tak?? ‘’Ujar Rania sambil melentokkan kepalanya pada Helmi.Dia merasakan dirinya semakin jauh dengan lelaki itu.Helmi hanya menganguk.
Butakah Cinta
Berapa lamakah lagi
Terpaksa aku menanti
Sehingga teguhnya
Pendirian dihati

Bukan
Hanya kepentingan
Malahan keegoan
Telah ku korbankan

Berlimpahan
 Kasih sayang
Aku curahkan
Buat mu seorang

Kiranya semua itu
Tak memadai bagimu
Apa sebenarnya
Yang kau mahu
Ku tak tahu

Kau hilang bilaku tiba
Kau datang bilaku kecewa
Terasa diri
 Dipersenda

Dimana berakhirnya nanti
Permainan sandiwaramu ini
Sesungguhnya aku
Tak mengerti

Jika benar cinta itu buta
Butakah mataku
Berkali terluka masih jua
Ku menunggu

Apa yang ku inginkan
Cuma kejujuran
 Dalam perhubungan

Jika itu tiada
Apalah ertinya
Pernantian ini
Hanya sia sia

Air mata Rania mengalir.Tangannya erat memaut lengan Helmi.Helmi terkaku .Jauh di sudut hatinya dia tahu lagu itu di tujukan padanya.
‘’ESOK kau kena kotakan janji kau Helmi. Esok genap setahun kami menunggu kemuncak sandiwara kau.Esok kita jumpa kat Café lepas kelas okey.see ya! ‘’
Terngiang-ngiang suara Razlan di telinganya.Kepalanya semakin kusut.Tegarkah dia meninggalkan gadis itu esok? Sedangkan dia semakin mencintai gadis itu hari demi hari.Sungguh dia mencintai Gadis itu.
‘Arg! Perdulikankan ,Helmi tunjukan yang kau ni bukan pengecut macam yang dia orang cakap’bisik satu suara di telinga kirinya.
‘bukankah engkau mencintainya?? Dia punya perasaan Helmi.tegar engkau buat dia menangis lagi? ‘’bisik suatu suara lagi di telinga kanannya pula.
‘’Persetan semuatu!’
‘jangan di ikutkan perasaanmu.Nanti engkau yang menyesal .Fikirkan kata-kata aku.’
‘’Diam!’’
Helmi menitup telinganya dengan bantal sungguh fikirannya sedang buntu.
**************************
‘’Mi nak bawa Nia pergi mana? ‘’ Ujar rania sambil tersenyum manis ,
‘’ikut sahaja okey ‘’
Mereka sampai di café .Helmi terus menariknya mendekati Razlan  dan Jehan yang tersenyum memandangnya. Mereka berdua terus duduk bertentangan dengan Razlan dan Jehan .
‘’So senang cerita.Kau terus terang sekarang Mi ‘’ ujar Jehan sambil tersenyum sinis memandang Rania.
‘’Jelaskan apa ni Mi?? ‘’tanya Rania kebingungan.
‘’Nia sebenarnya.Mi bukan ada niat nak buat macam ni kat Nia tapi ‘’
‘’Sudah, kau tak payah nak berkias’’ sampuk Razlan .Jehan ketawa berdekah-dekah.
‘’Nia sebenarnya Mi tak pernah sayang dan cinta pada Nia’’ Helmi melepaskan nafas .Sepertinya terpaksa.Helmi memandang Mata Rania yang mula berkaca.
‘’apa ni! ‘’
‘’Nia..’’
‘’alamak Nia kau ni bodoh ke bahlol? Itu pun tak boleh nak tangkap.Maksud dia selama ini dia mainkan kau!hahaha.tak akan kau tak sedar kut. ‘’
‘’Tapi kenapa??? ‘’
‘’sebab…kita orang cabar dia dapatkan perempuan gemuk macam kau!.Kau fikirlah tak akan lelaki sekacak Helmi mahukan kau yang Gemuk macam kau Bodoh.sudahlah kau baliklah lakonan Helmipun dah habis so kau bolehlah blar dalam hidup dia!! ‘’
Ujar Razlan .Lama Rania memandang Helmi meminta kepastian namun lelaki itu hanya menunjukkan wajah yang selamba.Akhirnya dia akur lalu beredar dari situ.
MALAM semakin kelam tidak langsung mengundang rasa menagantuk Helmi .Dia rindu pada Rania.Sudah seminggu lebih peristiwa itu berlaku,semenjak itu dia tidak berjumpa dengan Rania.Dari sumber yang di dapatinya rania masuk hospital namun bila ditanyakan apa sakitnya tiada siapa yang berani menjawab soalan itu.
Helmi menilik jam yang baru sahaja pukul 9.30 malam .Pantas dia menarik jeket kulitnya lalu keluar daripada biliknya.Pantas lelaki itu ke bilik Gilson yang terletak tidak jauh daripada biliknya.
‘’Gil!! Bukalah pintu ni aku nak cakap dengan kau. ‘’
Lama Helmi mengetuk pintu bilik Gilson  akhirnya terbuka juga.Gilson menunjukkan wajah jurang senangnya.’’nak apa??’’
‘’Mana Nia??tolonglah bagi tahu aku.. ‘’
Gilson melepaskan nafasnya.Akhirnya dia membuka mulut untuk memberitahu segalanya pada Helmi.Rania masuk ke hospital kerana sesak nafas sebaik sahaja pulang daripada berjumpa dengan Helmi.Gadis itu di sahkan menghidap penyakit kenser hati pada tahap 4.Kini gadis itu berada di hospital Ampang Putri menjalani rawatan.Helmi terus bergegas ke sana.
‘’BOLEH saya bercakap dengan Gilson ’’
‘’ya saya Gilson,Ada apa ya encik?? ‘’
‘’ awak kenal dengan Syed Fizrul Helmi? ‘’
‘’ saya kawan baiknya ‘’
‘’Dia berada di hospital .Dia terlibat dalam kemalangan jalan raya.Saya harap awak dapat memberi tahu kepada seluruh ahli keluarganya ‘’
Gilson terdiam dia menyesal seketika kerana memberitahu tentang keadaan Rania sebenar pada lelaki itu.Jika dia tahu ini akan berlaku dia tidak akan memberitahunya kepada lelaki itu.
*************************
Helmi disahkan buta kerana dia mengalami kecerderaan yang teruk dibahagian otak sehingga konea matanya rosak sama sekali.Semenjak dia sedar dari komanya,Hanya nama Rania yang dipanggil-panggil.Setiap kali itu dia akan menangis jika Rania tiada di sisinya.Dia seolah-olah anak kecil yang di tinggalkan ibu.
‘’Nia sihat??Mi rindu nak lihat muka Nia. ‘’Helmi menyentuh wajah Rania.Rania menangis .setiapkali bersamanya lelaki itu pasti berkata seperti itu.
‘’Nia kenapa menangis?? Nia marah Pada Mi?Mi minta maaf ‘’ Helmi menundukan waajahnya.Sekarang dunianya gelap.Mungkin ini pembalasan yang patut diterimanya kerana melukakan hati Rania.
‘’Nia ni mesti pembalasan Sebab Mi lukakan hati Nia.. ‘’ Setitis demi setitis air mata Helmi jatuh.
‘’Mi jangan menangis .Ni takdir tuhan jangan cakap macamtu ye, nanti Mi boleh lihat macam biasa ,yakinlah Mi ‘’
‘’Mi sayang pada Nia sangat. ‘’
Rania hanya mampu tersenyum.Dia yakin kata-kata itu ikhlas dari hati Helmi.
SEMINGGU Rania tidak melawatnya di hospital .Kemana gadis itu pergi Helmi pun tidak mengetahuinya .Yang pasti dia amat merindui gadis itu.Setiap hari dia berharap rania akan datang melawatnya.Dia sungguh teruja ingin memberitahu sudah ada penderma yang inginmenderma kornea mata padanya.Rania sudah berjanjinya yang dia akan datang lagi.
Namun tiada langsung  kelibat gadis itu sehinggalah dia selesai menjalani pembedahan pemindahan mata.Dia berharap gadis itu dapat melihatnya yang kini dia sudah boleh melihat.Namun lelaki itu hampa.Setiap hari dia bertanya pada Gilson di mana Rania namun persoalan itu hanya tinggal persoalan .
‘’Gilson mana Nia?? ‘’
‘’Nia ..ermm..Nia.. ‘’
‘’Kau cakaplah yang sebenarnya tak payah berselindung.Mesti dia sudah tidak mahu terima akukan?? ‘’tebak Helmi
‘’ Dia ada kat sini Mi ‘’ Celah doctor Lee yang merupakan Ayah kepada Gilson.Dahi Helmi berkerut.
‘’Papa..’’
‘’tak guna kita rahsiakan semua ini Gil.. ‘’
‘’apa semua ni?? ‘’Soal Helmi yang kebinggungan.
‘’Pendema kornea mata itu adalah…
‘’siapa??’’
‘’Rania… ‘’
Air mata lelaki it uterus mengalir.Teresak –esak lelaki itu.
‘’dia dah tinggalkan kita semua’’
‘’Ya Allah kenapa tidak aku sahaja yang mati?? Kenapa harus dia?tak guna aku dapat meliahat jika cinta yang aku harapkan sudah pergi..’’
‘’janganlah disesali takdir tuhan ..’’Tambah Doktor Lee.
‘Nia Mi sayang Nia.Nia sekarang Nia sudah sebahagian dari Mi.Mi janji tidak akan mempersiakan pengorbanan Nia.Nia Mi cinta Nia sampai bila-bila’
~Maria Haniera~
 



May God Bless you..
Aku mengenalinya since aku masih berumur 14 tahun. Masa tu dia baru sahaja berumur 15 tahun. Kami berkenalan melalui kakak angkatku yang tersangat nakal.Sebenarnya dia tidaklah senakal mana pun. Pada mulanya aku  tidak berkenan dengan perangainya yang liar. Pada angapan aku dia langsung tidak sesuai dengan cara  kehidupanku. Dia seorang remaja lelaki yang liar. Tersangat liar.
Aku masih lagi teringat semasa kali pertama kami di pertemukan oleh kakak angkatku. Dia mengenakan pakaian yang aku tidak gemar.Trend masa kini katanya. Bukan aku tidak mengikuti perkembangan fesyen pada masa kini  tapi padaku pakaiannya sungguh tidak sopan.

Walau bagaimanapun kami meneruskan persahabatan. Niatku hanya satu untuk mengubahnya menjadi seorang yang baik.Bukan dia tidak baik tetapi cara kehidupannya sahaja yang terpesong.Aku tahu dia berasal daripada yang sangat berada, tetapi ada pergolakkan dalam keluarganya. Dan di sebab itulah dia jadi tertekan dan bertindak liar. Aku tahu dia terlalu tertekan dengan keluarganya  kerana itulah dia mengikut kawan-kawannya yang liar. Liar macam binatang buas kowt hehehehe…ops terlebih sudah..

Erm persahabatan aku dan dia yang hanya berlandaskan untuk membetulkan pegangan agamanya itu bertukar pada perhubungan yang begitu serius. Aku tahu, aku masih terlalu muda untuk  mengenal erti sayang dan makna kasih.Tapi dek kerana desakannya aku menerimanya dengan seadanya.Walaupun pada dasarnya langsung tiada erti cinta ini untuknya.
Hari-hari yang mendatang kami tempuhi dengan bergitu gembira sekali. Pada waktu itu aku merasakan bahagia ini  hanya milikku. Setiap hari aku tersenyum dan terus tersenyum. Begitu juga dengan Ezhar.
Ezhar telah banyak berubah .Dahulu aku tidak pernah melihat dia menunaikan solat. Tetapi kini dia  mula melaksanakan tugasnya sebagai hamba Allah. Dia tidak melakukan aktiviti melepak lagi. Seringkali apabila aku menghubunginya dia berada di rumahnya.

Namun sikapnya mula berubah kembali apabila  dia berjumpa semula dengan teman wanita lamanya. Dulu dia berkeras untuk tinggal bersama ibunya namun kini dia mula memberontak mambawa diri ke KL. Berbuih mulut aku menasihatinya untuk melupakan sahaja niatnya untuk berpidah ke KL. Aku bukan cemburu dia kembali rapat dengan teman wanitanya. Tapi aku takut dia kembali pada perangainya yang dulu.

Kami makin jauh. Semenjak dia berpindah ke KL dia jarang  menghubungiku. Aku sendiri tidak mengetahui sebabnya.

AKU tersenyum cuma apabila.Mataku ligat merenung gambar-gambar yang baru sahaja di masukkan ke dalam facebook milik kakak angkatku,Linda. Aku terkejut dengan sebuah letupan pop!!.Ceh aku ingatkan apa benda rupanya bunyi mesej kat kotak chat.Ada makhluk Allah nak chating  dengan aku.Aku meneliti nama yang tertera di kotak chat tersebut yang tertulis ‘Aliff hencem’.Jenuh aku memikirkan siapa pemilik nama yang ppoyo ni.Ape ke bengap aku ni? Click jewr lah kat nama diaa so semua data tentang si pemilik nama akan terkeluar dari facebook tersebut.Siap ddengan gambar-gambar sekali.
Ha’ala .Aku ngat siapalah tadi.
AliffàAslmualaikum…
Mayaàwslm…J
Aliffàjom chating dgn aq nk x?
MayaàErm nop…aq x minatlah.sorry. L
Aliff àknpa?
Mayaàaq bkn x nk chat dgn ko tapi aq nga komen gambar ni.lau ko nak chating dgn aq sgt kko joinla aq nga komen ni.
Aliff à okey kt fb sape wei??
Maya àLinda Farisya
Aku terus sahaja menamatkan  perbualanku melalui chating itu.Aku terus sahaja mengomen  gambar-gambar di facebook Linda.
Aliffàweh aq ada sometthng nk bg tau kau.
Mayaàckp je la…
Aliff àko couple lagi  dengan Ezhar??
Mayaàsbnrnya ko nk ckp apa?
AliffàAq bkn la nk aib kan kawan aku sendiri .Tp ko pownkwn aq gak so…aq kcian kt ko.
Maya à ko nk ckp apa Sbnrnya ni
Aku mengetap bibir.Hatiku tiba-tiba terasa berdebar-debar.
Aliffàusaha ko slme ni sia2.Dia da kmbli pd prangai dia yg dlu.
Mayaàmaksod ko??
Aliff àAq hrp ko tbh…aq tau ko pcye dia tp dy bkn Ezhar yg kte knl dlu.Aq rse lebih baik ko tinggalkan sahaja dia.
Aku terdiam.aku tidak mengetahui apa perasaan aku pada waktu ini.Aku tidaak  tahu mengapa aku merasakan begitu sakit sekali.Apakah rasa ni yang di katakan sakitnya bila di kecewakan oleh orang yang amat kita sayangi??.Benarkah kau menyanyanginya?? Argh! Aku sendiri tidak mengetahui  dan tidak memahami perasaanku sendiri.
Ya Allah .Macam mana aku ingin berjumpanya besok.Secara tiba-tiba aku merasakan ada darah yang mengalir daripada hidungku.Segera aku menyekanya.Darah.Pada waktu itulah aku terasa bagaikan kepalaku tertusuk-tusuk objek tajam .Aku merasakan bagaikan ingin menghantuk-hantukan kepalaku di dinding.Sakit yang teramat sangat sehingga aku tidak dapat menanggungnya.Aku hanya mampu berbaring sambil menangis menahan kesakitan .
Ezhar menari –nari dengan penuh ghairah.Dia lupa akan dunia yang nyata.Silauan lampu disko,bau arak,kebingitan suasana di situ begitu indah bagi orang yang telah terpesong dari landasan agama .
Sedang Ezhar sedaang berseronok bersama bekas kekasihnya tiba-tiba jantungnya berdebar-debar dengan sendirinya.dalam fikiranya terbayang-bayang wajah Maya sedang tersenyum padanya walaupun berkali-kali lelaki itu mengusir bayangan itu dari fikiranya  namun  tidak berjaya.
Ezhar  terus mengeluarkan telefon bimbitnya apabila menyedari ada panggilan masuk.Dia begitu terkejut apabila milihat nama si pemanggil. ‘Maya’.Dengan berat hati lelaki itu berlalu pergi dari tempat yang bingit itu  dengan langkah yang terhuyung hayang.
‘’nak apa?? ‘’
‘’assalamualaikum… ‘’
‘’kau nak apa ?? aku tak ada masa nak layan perangai kau  tu kau tau tak.bodoh. ‘’
‘’Ez mabuk???Ez janganlah macam ni even Ez tak sayang kat Maya pun  Maya tak kisah.Tapi tolonglah jangan sentuh air Syaitan tu.Maya rayu ‘’
Ujar maya  dalam esak tangisan hatinya terasa sebak apabila terdengar suara Ezhar yang seperti orang yang sedang khayal .Hatinya hancur apabila apa yang di katakan Aliff  benar belaka.
‘’Maya sayang.Kita bincang besok yewp.Ez memang tak ada masa nak layan Maya hari ni.sorry dear… ‘’Ujar Ezhar sambil mencebikkan bibirnya.
Geli pulak aku dengar apa yang aku cakap ni.
‘’Tapi…tolong. ‘’
‘’Woi perempuan  !! kau tak reti bahasa ke!! Engkau ni menyemaklah dalam hidup aku!! Bodoh !shit! ‘’ujar lelaki itu sambil menghempas telefon bimbitnya ke lantai.
Pada waktu itu Maya hanya mampu mengeluarkan air mata.Di dalam hatinya hanya berdoa agar Tuhan menyelamatkan Ezhar dari sebarang keburukkan .
Maya terus ke bilik air untuk mengambil wuduk.
Pada waktu yang sama Ezhar bersama-sama  teman wanitanya dalam pejalanan pulang daripada kelab malam .Entah kenapa lelaki itu sering kali di hantui dengan bayangan wajah Maya.
‘’ Sayang …why you dari tadi senyap jew ‘’ujar Erine sambil tangannya merayap ditengkuk Ezhar.Ezhar menepisnya dengan kuat terkejut  Erine dengan tindakkan lelaki tu.
‘’you ni kenapa!! ‘’ujar Erine sambil menarik lengan lelaki itu yang  sedang leka memegang setereng  kereta Nissan sky line.
‘’’woi!! Lepaslah .Kau buta ke ?? Aku tengah drive ni!! ‘’ tengking lelai itu.
‘’you dah berani tengking I Ez!! ‘’Ujar gadis genit itu kegeraman sambil memukl-mukul bahu lelaki itu.
Ezhar mengelak.sehiinggakan tangannya melepaskan  setereng.Kereta sport it uterus merempuh pembahagi jaalan .Ezhar terus tidak menyedaarkan diri.
Ezhar tersedar .Pada waktu itu dia berasa amat pelik mengapa dia berada di sebuah tempat yang gelap tiada siapa yang ber ada di situ.Bibirnya puas memanggil nama erine.Tiba-tiba sahaja erine muncul dengan pakaian putih yang berdarah-darah.wajah gadis itu penuh dengan nanah yang menjijikkan.Berjuta-juta ulat yang memanjat tubuh itu
Erine menghampiri Ezhar .Ehar berundur beberapa langkah. ‘Ez tolong I…Sakit Ez..’kulit yang menyelaputi tulang dan daging di tubuh Erine sedikit demi sedikit hancur dimamah bumi.tiba-tiba  Ezhar menghidu Suatu bau yang meloyakan..Seperti bau bangkai manusia.Ezhar merenungkulit kakinya yang tercabut-cabut.baunya sungguh busuk berserta air nanah yang mengalir.Kakinya terasa seperti terbakar ,Panasnya lebih panas dari lahar gunung berapi.Pada waktu itu dia melihat kelibat ibu dan ayahnya.Ezhar meraung kesakitan.
‘Mummy !! Daddy tolong Ez’jeritan  itu hanya mampu terluah di dalam hatinya .Suaranya  tersekat di kerongkongnya.Pada waktu itu ibu bapanya memandangnya  dengan padangan yang begitu murung dan kesedihan .Bayangan ibu bapanya semaki jauh seiringan  dengan jeritan Ezhar kesakitan yang teramat sangat.
‘mummy daddy tolong Ez sakit….panas!!’
Kaki Ezhar tidak mampu berdiri .  Daging di tubuhnya mulai membusuk di sulami dengan kesakitan.Pada waktu itu dia  dapat melihat sebuah cahaya putih menghampirinya.Dia melihat Maya menghampirinya dengan jubah yang putih bersih.Gadis itu menangis sambil merenung kearah Ezhar.Namun secara tiba-tiba api menyambar kea rah Ezhar membiina benteng antara lelaki itu dengan Maya.
‘’Ez mintak maaf Maya..Maya tolong Ez!! Tolong Ez ‘’
Maya hanya tersenyum tawar sambil  melangkah menghampirinya,serta merta api yang membentengi mereka terpadam secaara tiba-tiba.
Semakin gadis itu mendekati lelaki itu semaakin kurang kesakitan yang dirasai lelakii itu.sekeping demi sekeping kulit dan daging lelaki itu bercantum kembali.Sehinggalah tubuhnya pulih seperti biasa.Pada waktu itu bayangan Maya mula menghilang dengan tangisan ..
MAYA!!
Ezhar tersedaar daripada komanya.Matanya ligat mencari Maya.Namun lelakki itu hampa .Dia hanya melihat wajah ibu bapanya dan wajah Aliff dan Linda.
‘’Alhamdulillah..  ‘’ucap ibu Ezhar
Ezhar terus bangun.Wayar-wayar yang ada pada badannya di cabut dengan keras.Ibubapanya terkejut dengan tindakkannya Ezhar  begitu juga dengan Linda dan Aliff.ehar terus berlari menghampiri pintu bagaikan orang yang gila.
‘’ Ya Allah kenapa dengan kau ni Ezhar .Bawa mengucap . ‘’
‘’Maya! Maya maafkan Ez! Aliff aku nak Maya.Mana dia??tolong bawa aku jumpa dia ‘’
Aliff memeluk Ezhar sekuat hati .Lelaki tu memberontak. Aliff tidak menjawab .Bibirnya tertutup rapat.Tidak tegar dia menjawab pertanyaan Ezhar.
‘’ Kenapa kau diam?? Jawab aku  Aliff!! ‘’
Ezhar mengoncang-goncang bahu aliff.Aliff memandang wajah linda.Linda menggelengkan kepalanya.ezhar tahu mereka ada merahsiakan sesuatu daripadanya.
 SUDAH sebulan Ezhar berada di hospital hari ini dia akan pula menjalani hidup seperti sedia kala.Ezhar mengemas barang-barangnya lalu di masukkan ke dalam beg pakaian.Ibu bapanya juga menolongnya  mengemas .
Jika di kira-kira sudah sebulan jugalah dia  langsung tidak mendengar khabar Maya.Setiap kali dia bertanya pada Ariff lelaki itu pasti mengelak daripada menjawab pertanyaannya.Ada sahaja topic yang di ubah.Ezhar selalu berfikir mungkin perkara buruk terjadi pada kekasihnya itu.Kekasih?? benarkah dia masih menganggapku kekasihnya lagi??.Bisik hati Ezhar,Jika persoalan itu timbul di dalam hatinya pasti dia di himpit kekesalan yag tidak berkesudahan.
Ezhar termenung ..Sesekali wajah Ejat ,Abang kepadanya direnung.Satu persatu  air mata lelaki itu jatuh ke pipi.
‘’jangan tinggalkan Ez.Orang sayang sangat kat dia. ‘’
‘’ Dia tu siapa?? ‘’Ujar gadis genit  itu tambil tertawa apabila pipinya di cuit Ezhar.
‘’Dia tu sayanglah ‘’Ujar Ezhar kegeraman .
‘’Sayang tu ,siapa pula ek?? ‘’ Usik Maya kenakalan.Kedengaran bunyi lagaan gigi Ezhar.Lelaki itu geram melihat telatah kekasihnya itu.Dia terus menoleh ke arah lain sepertinya dia berjauh hati.
‘’Ermmm..tak apalah nampak sangat orang je sayang kat dia,Dia tak pernah sayang kat orangkan…?? ‘’
Panas telinga Ezhar mendengar Maya tertawa dengan riang .Orang serius dia main-main pula..rungut lelaki itu di dalam hati.
‘’Cik Abang sayang.saya baru dapat tawaran dari Universti Malaya.Tak mungkin saya akan menolaknya.Awak,tak kan awak sahaja yang ke menara gading? Sedangkan saya tinggal di kampong.Awak saya nak jadi anak tempatan yang berjaya di kampong ni .So,saya harus pergi.Lagipun kita bukannya jauh sangat.Awak kat Shah Alam. Dekat dengan U saya?? ‘’
Ujar Maya sambil tersenyum pada lelaki itu.Lelaki  itu tersenyum akhirnya.
‘’Ez Cuma risau kalau-kalau sayang Ez ni cari yang lain. ‘’
‘’haha..Yelah .Entah-entah dia yang dah ada orang lain kat sana. ‘’
‘’Ish! Jangan nak main tuduh-tuduh ya??.Senakal-nakal orang ni tak adalah sampai curang tau.Tapi kalau pandang perempuan lain tak kan tak boleh kot?? Alah bakan luak pun. ‘’ujar Ezhar  sambil tertawa nakal.Maya sudah mula memasamkan mukanya.
‘’Erm ni nak kena ni!! ‘’
Maya terus mencubit peha Ezhar.Lelaki itu terus menjerit.Akhirnya mereka tertawa sesama sendiri.Bayu bertiup mesra semesra pasangan kekasih membawa sekawah sandiwara pergi berterbangan .Pantai menyaksikan percintaan dua insan .
SAYANG orang nak makan Ais krim ar.Orang tak laratlah nak jalan .Penat .. ‘’Ujar Maya dalam keadaan yang tercungap-cungap .mereka baru sahaja selesai bersenam bersama-sama.Jika di kira-kira sudah hampir setahun Maya menjejakkan kaki ke  Universiti selama itulah mereka semakin rapat.
Ezhar menjuihkan bibirnya pada gadis itu.Lelaki itu menggeleng-geleng menandakan dia tidak mahu menurut kata-kata kekasihnya itu.
‘’Erm tak apalah.awak memang nak saya mati kehausankan?? ‘’ Maya membuat suara merajuk.pandai ggadis itu memperdaya lelaki itu sehingga lelaki itu tidak betah dengan rajukkan gadis itu.Maya tertawa apabila melihat lelaki itu mengejar Pak cik Jual ais krim yang sudah menggerakkan motor sikalnya.Buat malu sahaja dia ni.
‘’Nah!!muat malu orang jew.. ‘’
Ezhar menhulur sebiji mangkuk ais krim yang besar.Terngaa-nga gadis itu.Maya terus menggaru-garu kepalanya yang langsung tidak terasa gatal itu.akhirnya Maya menyambutmangkuk itu sambil tersengeh ,hai semacam tidak ikhlas sahaja.
‘’kenapa beli mangkuk besaar siapa yang nak habiskan.Macam mana nak makan sudupun tak ada. ‘’
Rungut Maya.Ezhar mencebik seketika.akhirnya lelaki itu tersenyum apabila mendapat idea mengenakan  Maya.
‘’erm orang da beli tu kira terima kasihlah tu.tak ada .Pak cik tu tak bagi sudu pun. ‘’
Ezhar tersenyum didalam hati .Sebenarnya pak cik jual ais krim tuada bagii sudu kecil.Ezhar terus sahaja merampas mangkuk ais krim itu daripada Maya.Maya hanya memandang gelagat Ezhar.Ezhar terus sahaja membuka penutup mangkuk ais krim tersebut lalu terus ‘mencolik’ Ais krim itu dengan menggunakan jari telunjuknya.Lalu di masukkan kemulutnyaa.Maya memandang dengan dahi yang berkerut dan menunjukkan riaksi kegelian.Ezhar mengulangi perbuatannya itu lalu lelaki itu terus mencuit hidung Maya dengan jari jemari yang penuh dengan ais krim.Pantas gadis itu menjerit sambil memukul-mukul bahu Ezhar.sambil ketawa geli hati,Ezhar mengeluarkan dua batang sudu lalu di tunjukkan pada Maya.Maya terus mencubit lelaki itu.Akhirnya mereke melepaskan sisa tawa bersama.
‘’EZ…ez dengar tak?? Ezhar mummy cakap ni jom kita balik. ‘’kata-kata ibu Ezhar mengejutkan lelaki itu daripada memori silam yang begitu manis baginya.ezhar terus menganggukkan kepaalanya.
Belum sempaat dia keluar dari wadnya .Ezhar melihat ariff tercungap-cungap mendapatkan ibu dan bapanya.Ezhar terus menghampiti kawan baiknya itu.
‘’Pak Cik ,mak cik.dia dalam keadaan kritikal.Kalau nak melawat untuk kali terakhir marilah ‘’
Ujar Ariff dalam keadaan yang sangat cemas.Ibu dan bapa Ezhar menunjukan wajah yang kerisauan.Ezhar masih tidak memahami keadaan yang sebenar tercengang-cengang ingin tahu.
‘’ siapa mummy.Siapa yang dalam keadaan kritikal.?? ‘’ soala Ezhar kebingungan.
‘’erm Maya… ‘’ ujar puan Umairah teragak-agak pada anak terunanya itu.Ezhar terus terduduk.Lelaki it uterus menangis sekuat hati.Bagaikan orang yang tidak siuman.Hanya tuhansahaj tahu perasaannya.
‘Sayang Ez baru nak mulakan hidup bersama sayang tapi kenapa sayang nak tinggalkan Ez.Maafkan Ez.semua salah Ez’
EZHARmelangkah perlahan daalanm bilik yang hanya kedengaran bunyi monitor pernafasan.Seluruh badan Maya diserabuti dengan wayar-wayar yang pelbagai fungsinYA.Ezhar mendapatkan Maya..Lama wajah Maya di renung.Perlahan-lahan dia mengusap pipi gadis itu.Air mata lelakimituderas mengalir.Lelaki itu sudah tidak perduli dengan pandangan orang sekeliling.
‘’Sayan maafkan Ez.Ez sayang kat Maya.ez sayang kat Maya sangat-sangat.Ez tak ada niat nak lukakan hati Maya.Sayang bangun ye?? Kita mula hidup baru.Ez janji Ez tak akan jadi macam dulu.Ez tak akan biar air mata sayang mengalir lagi.bangun ya sayang??...sayang….kalau sayang tak bangu macam mana Ez nak hidup.Ez hanya nak bersama sayang…sebab hanya sayang yang bertakhta di hati Ez percayalah ‘’
Ezhar mengusap jari jemari wanita  yang di cintainya itu dengan penuh dengan kasih sayang.Sesekali llelaki itu mengucup jari jemari wanita itu.Pada watu yang sama kelihatan air mata Maya setitis demi setitis jatuh membasahi bumi.Ezhar mengusai air mata Maya dengaan lembut.dia akin sekali setiap butir pembicaraannya tadi di dengari oleh Maya.Ezhar hanya tersenyum.Namaun sayang senyumannya hanya seketika apabila Bunyi monitor pernafasan menunjukkan bacaan yang tidak stabil.Pada waktu itu semua ahli keluarga Maya memasuki wad berkenaan berserta doctor yang merawat Maya.
Ezhar memandang doctor Shahirah yang juga merupakan kakak saudara kepada Maya.Wanita itu hanya mampu tersenyum pahit sebaik sahaja memeriksa keadaan Maya.Perlahan Maya membuka matanya .Di wajah gadis itu  jelas tergambar kesakitan yang di alami oleh gadis itu.
‘’Ez…?? ‘’hanya itu yang mmpu terkeluar dari mulut Maya .Sunguh Syahdu.Ezhar mendekaatkan telinganya di bibir gadis itu agak dapat mendengar  setiap butir bicara Maya.
‘’Ya sayang ‘’
‘’Ja..ga diri baik…baik..Maafkan Maya.. ‘’ujar gadis itu tersekat-seekat.
‘’tak sayang .sayang tak ada salah dengan Ez ppun.Sewajarnya Ez yang meminta maaf keranaa Ez banyak melukakan hati sayang.Ez tingggalkan sayang ,Ez tak perduli pada sayang.Ez yang jahat .Ez ni bodoh! Kenapa Ez tak pernah amik tahu pasal sayang .sayang kenapa sayang tak pernah cakap sayang sakit? ‘’
‘’maya…tak sang..gup..tak nak Menyusahkan ..Ez..Ez..Maya sayang kat Ez…ibu..abah… ‘’
Puan Rosnah Dan encik Shuhaimi terus mendekati anak gadisnya itu.Ezhar memberi peluang pada ibu bapa Maya .
‘’halalkan makan minum Maya….Maya mintak ampun kalau selama ni Maya pernaherlaku kasar pada ibu pada abah…. ‘’
Maya melepaskan nafas yang sangat berat.Nafasnya makin  menurung setara denga bunyi monitor yang semakin tidak stabil.Ezhar mendapatkan Maya.
‘’Maya nak tidur…nak rehat… ‘’
‘’tidurlah sayang…’’
Ujar Ezhar sambil tersenyum pahit.Sedari tadi air matanya tidak berhenti mengalir.Maya memandang tepat pada mata Ezhar…
‘’ Kenapa sayang? ‘’
‘’maya sayang kat Ez.. ‘’
Ujar maya sambil mengusap perlahan pipi lelaki kacak itu.Ezhar mengengam tangan Maya lalu di kucupnya lembut.Maya terus menutup matanya .15 minit selepas itu Monitor pernafasan menunjukan bacaan mendatar.Pada waktu itu  hanya terdengar tangisan .
Jauh dari sudut hati Ezhar berbisik. ‘tidurlah sayang,tidurlah dengan tenang,ez sentiasa berdoa agar kita akan bertemu lagi suatu hari nanti.i love You more then everyting.Good bye baby…good bye my love.may god bless you…
~Maria Haniera~









No comments:

Post a Comment